Selasa, 13 September 2011

Filem Bukit Kepong berdasarkan sejarah sebenar - Jins


JINS Shamsuddin pada sidang akhbar khas mengenai filem Bukit Kepong di Studio Panca Delima, Hulu Kelang, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata, beliau membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis.
Justeru itu, beliau menolak kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.
Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan kononnya Muhammad Indera mengetuai operasi itu bagi 'mengajar' anggota keselamatan yang mabuk.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif UMNO hanya kerana saya ahli UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.
"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis. Malah, ahli keluarga Muhammad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini.
"Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melarikan diri tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban," katanya kepada pemberita di Studio Panca Delima di sini hari ini.
Beliau mengadakan sidang akhbar khas itu bagi mengulas kenyataan biadab Mat Sabu yang memperlekehkan pergorbanan anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mengagungkan pula pengganas komunis sebagai hero sebenar.
Mat Sabu semasa berceramah di Padang Menora, Tasik Gelugur dilaporkan berkata: "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan sebenar, yang serang itu Mat Indera.
"Jins Shamsuddin buat filem, Jins Shamsuddin ini orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula jahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung."
Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.
Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.

Sumber : Utusan Malaysia

Jangan ubah fakta sejarah, kata Najib

pp1xPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis.
Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.
"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.
 Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.
"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.
Bernama melaporkan Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.
“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.
"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.
Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.
Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.
"Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan," katanya.
Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.
"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya.-11/9/2011http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/jangan-ubah-fakta-sejarah-kata-najib.html

Keluarga Tuanku Abdul Rahman gesa Mat Sabu mohon maaf secara terbuka

Keluarga Tuanku Abdul Rahman gesa Mat Sabu mohon maaf secara terbuka
ALOR SETAR - Anggota keluarga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini menggesa Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu memohon maaf secara terbuka kepada mereka, berhubung kenyataannya mengenai Bapa Kemerdekaan itu.

Anak saudara Tunku, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, tindakan pemimpin Pas itu mempertikaikan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam sejarah kemerdekaan negara mengguris hati seluruh anggota keluarga Almarhum.

"Mat Sabu (Mohamad) tidak perlu mempertikaikan hasil usaha Tunku Abdul Rahman kerana dia sepatutnya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman ini dan jangan cuba ubah fakta dan putar belitkan sejarah negara ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas menafikan peranan Tunku dalam membebaskan negara daripada penjajahan British.

Berdasarkan rakaman video ceramah itu yang petikannya disebarkan menerusi internet, antara lain Mat Sabu berkata: "...sejarah kemerdekaan kita tak kena tuan-tuan sekalian, sebab itu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat. Siapa pegawai British? Datuk Onn, Tunku
Abdul Rahman...itu pegawai British...hak lawan British hak tu pula jadi pengganas."

Mengulas lanjut, Tengku Zainol Rashid berkata dalam usaha memerdekakan negara, Almarhum Tunku serta beberapa pemimpin lagi mengambil risiko berbincang dengan komunis di Baling, Kedah serta ke London untuk menuntut kemerdekaan negara.

"Kepetahan dan kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman dalam berkata-kata berjaya meyakinkan pihak British untuk menyerahkan negara ini kepada kita serta memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada Tanah Melayu dan nikmat kemerdekaan itu kita kecapi sehingga hari ini.

Beliau juga membidas Mohamad yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik.

"Anggota politik di negara ini tidak perlu memainkan isu seperti ini untuk kepentingan sesebuah parti politik semata-mata sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan terhadap rakyat. Saya berharap isu ini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya.

Beliau juga mahu kerajaan mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu bagi dijadikan pengajaran kepada orang lain dan mengelak perkara sama berulang.- Bernamahttp://www.sinarharian.com.my/bterkini/14116.asp

Caj 6% ditangguh

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi semalam, bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan, enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama pengendali utama telekomunikasi di negara ini, selepas mengadakan perbincangan di pejabatnya, di sini.

“Kesemuanya bersetuju supaya cukai terbabit ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti diumumkan sebelum ini.

“Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile, berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen dilahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom; Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi; Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis; Sandip Das dan CEO U Mobile; Dr Kaizad Heerjee.

Rais berkata, penanggu-han itu bagi membolehkan kajian semula dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan, bagi http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9523050.asp

Khamis, 8 September 2011

Persatuan bekas polis gesa lucut kerakyataan Mat Sabu

Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah (PBPNK) menggesa agar kerakyatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dilucut susulan kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.

Pengerusinya Sharif Kontan berkata kenyataan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu itu bukan sahaja biadap tetapi juga melukakan hati lebih 5,000 anggota PBPNK.

"Bukan sahaja bekas polis golongan Melayu sahaja yang merasakannya tetapi kalangan masyarakat India dan Cina juga ikut terasa dan mengecam dakyah palsu Mat Sabu itu," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kulim yang turut membuat laporan sama pada Isnin, berkata kenyataan Mat Sabu bertujuan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.

"Kami yakin semangat inilah yang cuba ditimbulkan Timbalan Presiden PAS itu dan kenyataannya itu amat berbahaya kepada keselamatan negera dan sewajarnya tindakan Mat Sabu ini perlu disekat atau pun dikenakan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau seumpamanya," kata Pengerusinya Hamid Othman

Beliau juga berharap Kementerian Dalam Negeri tidak berdiam diri dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin PAS itu.http://www.malaysiakini.com/news/175064http://www.malaysiakini.com/news/175064